SMK TAMAN DESA 2
Moto | Disiplin, Kualiti, Cemerlang |
---|---|
Jenis | Sekolah Menengah Kebangsaan,Sekolah kerajaan |
Pengetua |
Puan Hajah Naaimah bt Ismail (Bekas Pengetua)
Puan Hajah Jamaliah |
Kod sekolah | BEA7621 |
Lokasi | ![]() |
Sejarah
Ditubuhkan pada 1 Januari 2008 dan kini telah memasuki tahun kelima (2012) penubuhannya. Berbekalkan moto disiplin kualiti cemerlang`, sekolah ini terus mengorak langkah maju ke hadapan.
Pada tahun 2008, sekolah ini hanya mempunyai 33 orang guru termasuk pentadbirnya manakala pada tahun 20009 bilangannya telah bertambah menjadi 62 orang guru,dan jika dikira pada tahun lepas bilangan peningkatan guru telah bertambah menjadi 87 orang.Manakala staf sokongan juga telah bertambah daripada 3 orang guru kepada 6 orang. Kini, bilangan guru dan juga staf di SMK Taman Desa2 telah meningkat kepada lebih 100 orang.
Selain itu peningkatan bilangan pelajar yang begitu ketara apabila SMK Taman Desa2 mula beroperasi dengan jumlah pelajar pertamanya 511 orang meliputi Tingkatan Peralihan,Satu,Dua dan Empat sahaja. Untuk tahun kedua (2009) bilangan pelajar telah bertambah ke 1132 orang dan tahun 2010 jumlahnya telah bertambah lagi kepada 1148 orang yang melibatkan pelajar Tingakatan Satu,Dua,Tiga,Empat,Lima dan juga Pendidikan Khas. Kesan pertambahan murid pada tahun 2010,maka dibuka persekolahan pada sesi petang.
Pencapaian
Keputusan PMR 2009 telah diumumkan pada 24 Disember 2009. Seramai 214 calon SMK Taman Desa 2 telah menduduki peperiksaan ini. Keputusan sekolah adalah 68.84%. 13 orang pelajar mendapat 8A, 9 orang pelajar mendapat 7A,6 orang mendapat 7A1B dan 3 orang mendapat 6A1B.
Seramai 96 calon telah menduduki Peperiksaan SPM 2009. Pelajar-pelajar ini merupakan generasi sulung yang menduduki peperiksaan di SMK Taman Desa 2. Keputusan sekolah ialah 78.13%. Dua orang calon iaitu Maznah Bt. Husin dan Muhammad Badri telah memperolehi 7A dalam peperiksaan ini.
No comments:
Post a Comment